Mrque’s Blog

Its About Blogger

APA LELAKI MAHU ?

> Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan,ada kala hanya wanita ‘bertaruh nyawa’ mempertahankannya. Ini menghantui wanita yang belum mampu memahami sikap lelaki atau suami…

Mahu lembut tapi tegas
Lelaki mencari wanita ada keseimbangan antara sifat semula jadi dengan sifat kuat.

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden – apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’ ,tidak lagi memtaruhkan kesetiaan sedangkan sebeumnya tugu cinta sentiasa ampuh.
Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.
Lebih membingungkan, wanita tidak paham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, munngkin ia merungkai kebingungan wanita mengenai lelaki:

* Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan? Jauh di sudut hati , lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.

* Teman yang tegas jadi penyokong
Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting. Lelaki suka memiliki wanita yang menyokog mereka dan bukanya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

* Rakan yang mengujakan
Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.
Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.

* Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi
Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya diperingkat permulaan. Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubugan yang lebih stabil.

* Lelaki pada usia 20, 30, 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri kealam rumah tangga . Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.
Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.
Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan . Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

Advertisements

May 5, 2009 - Posted by | Variasi Hati

10 Comments »

  1. Huhu.. memang best beb.. tu memnag yang aku mahu dari wanita.. semua cerita ni sama ngan pandangan aku terhadap perempuan… tapi, Q mahukan apa yer dari perempuan?? Cinta? Wang Ringgit?Kereta??Rumah besar?? 🙂

    Comment by zulhaili | May 9, 2009 | Reply

  2. Q mau TEMPIK JE wakkakakakka

    Comment by duke | May 9, 2009 | Reply

  3. Huh.. tu lagi dahsyat…. Bercinta biar ikhlas.. perempuan mahukan lelaki yang penyayang dan ikhlas cintanya… Kalau jenis lelaki amik kesempatan, perempuan mane nak duke.. huhu… aku nak que upload plak cite pasal “apa yang kawan-kawan mahukan dalam hubungan persahabatan”??? topik tu ok gak kan??

    Comment by zulhaili | May 9, 2009 | Reply

  4. iahiaha tajok baru sampai skrang xda upload2 pon “kejadian”

    Comment by duke | May 9, 2009 | Reply

  5. yer la.. mane assigment yer?? mcm mane nak berjaya dalam dunia photography?? attitude mesti kena betul.. x mau main2… Lakukan tugasan yang diberikan.. 🙂

    Comment by zulhaili | May 9, 2009 | Reply

  6. dak2 xupload pon. aq pon malas ler nak upload. alallala! tgu ler otai2 upload baru anak2 buah ikot. :-“

    Comment by duke | May 9, 2009 | Reply

  7. okok..
    nanti aku akan upload..
    kena ada sorang start, baru sume nak ikut… 🙂
    kan..kan..

    Comment by zulhaili | May 9, 2009 | Reply

  8. oo kire ko otai ler, sebab tu ko nak mulekan. kakkakaka!

    Comment by duke | May 9, 2009 | Reply

  9. xla aku otai.. x cakap pon otai.. kalau otai pun x mulakan, biarlah sesape pun mulakan.. yang penting apa yg kita buat ikhlas dari hati kita.. kan nak belajar, kena lah buat betul2… 😛

    Comment by zulhaili | May 9, 2009 | Reply

  10. hiahiahia ape2 je ler jeng!! janji ko same Q MK BESA! wakkaka!!

    Comment by duke | May 9, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: