Mrque’s Blog

Its About Blogger

APA LELAKI MAHU ?

> Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan,ada kala hanya wanita ‘bertaruh nyawa’ mempertahankannya. Ini menghantui wanita yang belum mampu memahami sikap lelaki atau suami…

Mahu lembut tapi tegas
Lelaki mencari wanita ada keseimbangan antara sifat semula jadi dengan sifat kuat.

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden – apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’ ,tidak lagi memtaruhkan kesetiaan sedangkan sebeumnya tugu cinta sentiasa ampuh.
Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.
Lebih membingungkan, wanita tidak paham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, munngkin ia merungkai kebingungan wanita mengenai lelaki:

* Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan? Jauh di sudut hati , lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.

* Teman yang tegas jadi penyokong
Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting. Lelaki suka memiliki wanita yang menyokog mereka dan bukanya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.

* Rakan yang mengujakan
Lelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.
Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka. Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.

* Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi
Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya diperingkat permulaan. Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubugan yang lebih stabil.

* Lelaki pada usia 20, 30, 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri kealam rumah tangga . Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.
Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.
Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan . Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

May 5, 2009 Posted by | Variasi Hati | 10 Comments

.:VW Walid:.

April 6, 2009 Posted by | Kekatu Outdoor | 1 Comment

.:Sepetang Di Segamat:.

April 6, 2009 Posted by | Kekatu Outdoor | Leave a comment

.:Me , Walid And Ani:.

April 6, 2009 Posted by | Kekatu Outdoor | Leave a comment

::KEKATU CREW::

sebarang pertanyaan tentang pakej boleh hubungi meraka:


GG kekatu
012-268 6964
Yahoo Messenger ID:
newbiesx


ALIL kekatu
017-768 6488
Yahoo Messenger ID:
naughtynachas


APIZ @ TONY kekatu
012-610 9095
Yahoo Messenger ID:
berbuih


JIJIE kekatu
016-633 8819
Yahoo Messenger ID:
mirchelp32


BOB kekatu
013-721 8829
Yahoo Messenger ID:
azharcls


WAN kekatu
012-3235769
Yahoo Messenger ID:
drag_wars


AMIRUL kekatu
012-734 7238
Yahoo Messenger ID:
wata_kunsi


ZUL @ jengkol kekatu
013-700 7176
Yahoo Messenger ID:
zulhaili_3g


ME , MR Q @ QADAR kekatu
017-725 5025
Yahoo Messenger ID:
Cap00Ayam


EHA kekatu


WALID kekatu

March 22, 2009 Posted by | Kekatu Outdoor | 4 Comments